CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

GEMBIRAKAH ANDA?

Sunday, May 30, 2010

ISTERI YANG HEBAT

Pembaca yang dirahmati Allah selalu,

Sesungguhnya kejayaan seorang lelaki berdiri dibelakangnya ialah seorang wanita yang bergelar isteri yang hebat. Manakala kejayaan seorang anak pula berdiri dibelakangnya ialah juga seorang wanita yang bergelar ibu yang hebat.

Isteri dan ibu yang hebat itulah menjadikannya idaman ramai lelaki yang bergelar suami.
 
1. Mentaati Allah dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah

2. Bersikap malu terhadap suami dan juga sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya dihadapan bahkan juga dibelakang suami.

3. Berdiam diri ketika suami bercakap dan bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukan sepatah suami cakap, berpatah-patah dijawabnya.

4. Sentiasa bersikap hormat kepada suami. Contohnya, mengahntar suami ke muka pintu setiap kali suami nak ke tempat kerja dan menyambut sumi juga di muka pintu apabila suami pulang dari kerja. Ataupun nak best lagi…sambut suami dengan segelas air kosong pun tak apa.

5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya.Keikhlasan amat penting kerana dengan ikhlas segalanya akan menjadi ringan dan mudah.6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya ketika suami sedang marah,berduka,kecewa,cemas dan ingin bersendirian. Memang semulajadi lelaki sukar untuk meluahka apa yang dirasakan. Sebagai siteri jangan mudah terasa akan perubahan sikap tersebut.

7. Satu lagi sikap semulajadi lelaki adalah hanya memberikan satu tumpuan pada satu perkara dlam satu waktu. Jngan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak atau sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan sahaja membuatkan isteri kecewa keran tidak mendapat perhatian tetapi juga boleh menimbulkan kemarahan suami.

8. Memakai wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dengan wanita cantik,harum dan menggoda. Jadi,pastikan apabila pulang ke rumah, suami tidak berhadapan dengan isteri yang hanya berkain batik, muka berminyak dan berbau peluh yang kurang menyenangkan.

9. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama apabila ketiadaan suami disisi. Pakai pakaian yang menutup aurat dan sentiasa menjaga tingkah laku.

10. Bersyukur atas apa yang diberikan suami. jangan meminta-minta apalagi jika perkara yang diminta diluar kemampuan suami.

11. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. Isteri berkerjaya bukan alasan untuk ke sana dan ke mari.

12. Sentiasa tersenyum kerana senyuman itu sebesar2 penawar walau dalam apa jua situasi. Selain itu, sentiasalah berdiri dibelakang suami dengan menjadi tongkat ketika suami jatuh dan pemangkin ketika suami berjaya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: Sebaik-baik kalian ialah orang yang baik terhadap keluarganya, dan adalah saya orang yang paling baik kepada keluargaku, tidaklah menghormati kepada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinkannya kecuali orang tercela.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga.
 
P/S: Di ubahsuai dari MAJALAH NUR.

Saturday, May 29, 2010

RASULULLAH ~Suami Contoh~

Dalam kesejukan, tiba-tiba aku terfikir sesuatu......~.~
Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.

Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.

Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?

Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.

Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

• Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.

• Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.

• Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.

• Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.

• Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.

• Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik

Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

• Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)

• Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)

• Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

• Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)

• Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)

• Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)

• Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)

• Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).

• Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)

• Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

P/S: Pasni ciri- ciri ISTERI plak ye...Nantikan...!!

Friday, May 28, 2010

:+:Pasangan Hidup:+:

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

-Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah-

Wednesday, May 26, 2010

KEK BATIK MARIE

Ni lah kek yang paling senang nak wat...tapi klu 1st tym try mayb xbpa nk jd la...Papa pun selamat mencuba...Senang je nk wat dan menjimaykan kos....Ayuh..!

Bahan-Bahan

1. 1/2 bar buttercup

2. 4 biji telur gred D

3. 1/2 cawan susu pekat manis

4. 1/2 cawan nestum (original)

5. 1/2 cawan milo

6. 1/2 cawan air

7. 1/2 cawan gula(kalo xske manis kurgkn)

8. 3 sudu cocoa powder

9. biskut meri

Cara-Cara

1.panaskn butter dan gula dengan api yg perlahan dan tunggu sampi cair.

2.masukkan telur satu persatu.kacau biar betul2 hancur.

3. masukkan air, milo, nestum, susu pekat, gula dan cocoa powder. kaca biar sebati.

4. biarkan adunan td di atas api seketika.

5. angkat dan masukkan biskut meri dan gaul.

6.lepas tue tekan adunan td dlm loyang or bekas..

7. pastu boley mkn terus atau kalo nk lg sodapp taruk dlm peti ais.. selamat mencuba!!!! ..

P/S: Klu x nak masukkan nestum pun xpe...suke ati korang la....janji SEDAPPPP.....!!!

Tuesday, May 25, 2010

SAYANGI IBU AYAH~~

12 Guides of Imam Al-Ghazali:-
~ADAB TERHADAP IBU BAPA~

1. Mendengar kata mereka.

2. Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

3.Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

4. Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.

5.Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

6. Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.

7. Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.

8. Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

9.Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.

10.Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
11.Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

12. Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

Ketahuilah wahai muslim dan muslimah bahawa Allah SWT mewajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa. Adab dan cara kita menghadap mereka mesti lebih istimewa daripada menghadap orang-orang lainnya. Firman Allah: “ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.” (Al-Isra’: 23-24)

PETUA NENEK

BULU ROMA LEBAT
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. Insya Allah bulu roma anda akan gugur.

TOMATO PENCUCI MUKA
Setiap wanita begitu teliti menjaga kecantikan wajahnya kadang kadang berbagai krim dari berbagai jenama yang digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin dan halus. Tetapi apa gunanya anda berbelanja besar jika hasilnya tidak memuaskan? Satu cara mudah untuk melicinkan kulit ialah dengan buah tomato.Caranya:Ambil sebiji buah tomato yang telah masak, bersihkan setelah dibelah dua, sapukan tomato yang satu bahagian itu ke kuht muka anda. Biarkan kering selama beberapa minit setelah itu cuci dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.

MATA TERKENA BARANG KIMIA
Rawatannya:
a. Segera curahkan air ke mata dengan cara perlahan, curahkan air bersih daripada botol atau cerek atau air paip

b. Teruskan mencurah air sehingga mata di kelilingnya betul betul bersih daripada bahan bahan kimia.

c. Tutup pelupuk mata jika luka dengan kapas kering atau sebarang benda kering yang bersih seperti kertas, sapu tangan dan tuala.

d. Dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

TELINGA DIMASUKI SERANGGA
Ulat ulat kecil seperti semut, dan serangga lain kadang kadang sesat memasuki telinga. Petua untuk merawatnya:Jika telinga kiri yang dimasuki semut, tutuplah lubang telinga kanan dengan j ari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut.Masa ketiga tiga pancaindera itu tertutup, bernafas panjang panjang seberapa yang boleh. Dengan cara ini semut dan serangga itu akan tertolak keluar oleh desakan angin pernafasan yang mendesak melalui lubang telinga yang ada serangga itu.Lakukan beberapa kali dengan bersungguh sungguh sehingga berjaya.

AIR GARAM UBAT SAKIT TEKAK
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.Caranya:Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

AIR BERAS UBAT LETIH LESU
Jika pokok bunga anda tidak subur anda boleh gunakan air basuhan beras untuk menyiram pokok bunga anda.Caranya:Asingkan air basuhan beras anda itu untuk menyiram pokok bunga anda setiap petang. Lakukan setiap hari. Anda akan dapati pokok pokok bunga anda akan beransur subur.Begitu juga jika badan anda terasa letih lesu anda boleh minum air basuhan beras yang sudah bersih, sebanyak sekali sehari, tenaga anda akan pulih kembali.

AIR KUNYIT PULIHKAN PERANAKAN
Ada wanita akan berasa letih dan lesu, bila dia didatangi darah haid. Untuk memulihkan tenaga semula memang sukar, kerana itu anda harus mengamalkan dengan makan ubat, untuk memulihkan tenaga dan kesihatan anda.

MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya:Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari clan makan malam.Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

UBAT PENING KEPALA
Jika kepala anda terasa berat kerana kurang tidur atau pening kepala kerana mabuk dalam perjalanan, anda boleh ambil tiga biji limau nipis, dibelah dua sebiji anda gosokkan pada kepala yang telah dibasahi air, biarkan selama lima minit, setelah itu barulah anda mandi dengan air limau yang dua biji tadi. Caranya dengan meramaskan limau tersebut pada sebaldi air kemudian jirus clan gosoklah pada badan anda.Setelah itu keringkan badan anda tanpa membilasnya dengan air yang lain, lakukan dua kali sehari sehingga rasa pening anda hilang.

MENGHILANGKAN MABUK
Jika anda mabuk kerana menaiki kenderaan, anda boleh berbekalkan sebiji limau. Ciumlah hmau tersebut semasa dalam perjalanan, Insya Allah rasa, meloya anda akan hilang.Selain dari itu jika ada sahabat atau kaum kerabat anda yang Caranya:Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air, setelah sapukan air tersebut pada umbun umbun dan seluruh kepala, biarkan air asam jawa itu keying di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai turun. Lakukan sehingga benar benar sembuh.

MENGHILANGKAN LEMAK
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya:Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

UBAT SAKIT LELAH
Serai ialah sejenis tumbuhan yang boleh dijadikan bumbu dalam masakan, gunanya untuk melazatkan masakan. Selain dari itu air serai boleh dijadikan ramuan untuk memulihkan kesihatan.Jika anda suka makan masakan cara minang, ianya juga menggunakan serai sebagai bahan perencah. Selain daripada menjadikan masakan bertambah enak, serai dimakan sebagai rencah itu boleh melegakan penyakit lelah.Caraya mudah, jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan sedikit ke dalam masakan anda. Cara ini boleh membantu pernafasananda dan boleh mencairkan lendir.

Sunday, May 23, 2010

MUTIARA KATA TENTANG "CINTA"

~.~Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta bisa seperti yang terurai dalam sebait sajak dari film laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Namun demikian, cinta juga boleh menghasilkan perubahan yang sebaliknya: mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya.

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber ISLAM dan perkataan para ulama' berikut:-

~Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

-Hamka-

~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

-Hamka-

~Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

-Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)-

~Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

-Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)-

~Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.

-Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)-

~Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

-Ali bin Abi Thalib-

~Engkau berbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang dia cintai.

-A’idh Al-Qorni-

~Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh ISLAM tentang CINTA.

BELAJAR, MENGAJAR, DAN DIAJAR =)

KURSUS JATI DIRI,
SMK R1 WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.
22nd MAY 2010 (SATURDAY)

GROUP 2

FASILITATORS:
1) NUR AFRAH BT MUHAMAD SHUKRI
2) NURUL ASIQIN BT. CHE JAAFAR

ADIK- ADIK:
1. Muhammad Amierul Amanda bin Othman
2. Mohamad Shalizan bin Saruan
3. Nazrul Shafiq bin Nazeri
4. Irman Danish Razzi bin Ibrahim
5. Ng Wai Loon
6. Muhd Nur Ibrahim bin Ayub
7. Muhd Shahrul Nizam bin Mat Daud
8. Mohd Faez bin Norhaizad
9. Haliza binti Azizan

akan bersambung selepas ini...

Thursday, May 20, 2010

KOD LEMAK BABI

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1. E 100
2. E 110
3. E 120
4. E 140
5. E 141
6. E 153
7. E 160
8. E 161
9. E 210
10. E 213
11. E 214
12. E 216
13. E 234
14. E 252
15. E 270
16. E 280
17. E 300
18. E 301
19. E 325
20. E 326
21. E 327
22. E 334
23. E 335
24. E 336
25. E 337
26. E 422
27. E 430
28. E 431
29. E 432
30. E 433
31. E 434
32. E 435
33. E 436
34. E 440
35. E 441
36. E 470
37. E 471
38. E 472
39. E 473
40. E 474
41. E 475
42. E 476
43. E 477
44. E 478
45. E 481
46. E 482
47. E 483
48. E 491
49. E 492
50. E 493
51. E 494
52. E 495
53. E 542
54. E 570
55. E 572
56. E 631
57. E 635
58. E 904
59. E 920
Yg jelas nye......pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.....
Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

P/s: jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

Wednesday, May 19, 2010

< KENAPA AKU.. .>

Soalan-soalan ANDA yang TELAH DIJAWAB oleh ALLAH dalam AL- QUR'AN...

> Kenapa AKU sering di uji?
Firman Allah,maksudnya:" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah al- Ankabut:2-3)

> Kenapa AKU tidak dapat apa yang AKU idam-idamkan?
Firman Allah,maksudnya:" boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan(ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

> Bagaimana kan KUhadapi ujian ini?
Firman Allah,maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Firman Allah lagi,maksudnya:"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

> Apa yang AKU boleh dapat dari semua ini?
Firman Allah,maksudnya:" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga........"

Sunday, May 16, 2010

SOLAT - UBAT MUJARAB PENGUSIR KESEDIHAN

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan sabar dan solat"

Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan
kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang.
Sesungguhnya solat itu - dengan izin Allah - boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah saw dirundung masalah, baginda bersabda kepada
Bilal bin Rabah r.a.:
"Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat." (al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber
Kebahagiaan bagi Rasulullah saw.

Saturday, May 15, 2010

TANGGAL 16 MEI

Selamat Hari Guru kpd semua:
~ Guru Pastiku
~ Guru2 SKKB
~ Guru2 SMKDSA
~ Guru2 SMKAK
~ dan semua guru dan bakal2 guru di MALAYSIA.....
tak lupa juga kpd:
~ Lectures CFS IIUM,PJ & NILAI
~ Lectures IIUM

Tanpa guru siapalah aku....
TERIMA KASIH CIKGU...

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

SELAMAT HARI GURU...

Monday, May 10, 2010

APAKAH RAHSIA DI SEBALIK RAMBUT ANDA ??

SETIAP orang sama ada lelaki atau perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan hati sesiapa yang memandang. Sebab itulah di zarnan moden dan canggih ini, berbagai-bagai jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut dapat dijaga dan dirawat dengan rapi. Agar kelihatan menarik dan berseri?
Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan mejaga melalui perawatan kecantikan sahaja. Bahkan dara seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam memberikan bentuk rambut yang cantik. Sebab itulah kalau kita lihat seseorang gadis yang masih suci rambutnya akan kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau kadangkala seperti tidak bermaya. Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh lelaki perlulah anda tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan dan daya tarik pandangan lelaki dari segi kesihatan, rambut yang terkawal daripada habuk, dan segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat dielakkan sama sekali.
Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan kemas dan menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan rambut anda dan terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari dengan berbagai rawatan ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.
Berdasarkan kajian rambut yang menarik, adalah rambut yang sering dibalut dengan apa juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai tudung bukan saja bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala penyakit.
Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan seksual lelaki anda perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu daripada mahkota kecantikan yang azali.
Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga jika
suaminya sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan lebih jelita.Selain daripada itu isteri atau perempuan yang sering menerima belaian pada rambut akan kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.
Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan sebelum berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah diteruskan cara itu kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Tetapi jarang benar kita lihat pasangan yang sudah berkahwin mahu melakukan belaian pada rambut isteri seperti di alam percintaan.
Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada dara. Ini dapat dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan diijab kan akan melalui proses mengandam. Dalam proses mengandam ini selalunya akan adanya suatu acara memotong dan rnencukur anak rambut yang tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan kanan telinga. Rambut ini dikenali sebagai rambut dara.
Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang gadis yang masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur anak rambut oleh Mak Andam. Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu membuktikan si gadis itu masih suci (dara) atau tidak ianya memerlukan sebiji kelapa muda yang ditebuk dan mengandungi air. Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini. Jika anak rambut terapung sahaja dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu masih perawan. Tetapi jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti si gadis itu sudah tiada perawannya.
Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam yang tidak boleh menyirnpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka andamkan. Awas!! Ini bukan salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu anda akan melangsungkan perkahwinan kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan untuk kebaikan diri anda sendiri.
Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu sudah hilang dara atau masih suci. Seperti kebiasaan jika kita bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan seorang perempuan yang kita tidak kenal siapa dirinya. Sama ada dia adalah isteri orang atau masih gadis lagi atau janda. Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut,jika ditiup angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya.Sebaliknya rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke dudukan asalnya setelah ditiup angin.
Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin,sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah
mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada wajahnya. Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua
orang tua-tua yang perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.
Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki. Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak
gadis remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.
Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.
Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki yang ingin mengenali sifat seorang gadis. Jika kali pertama anda mengadakan temu janji untu bersiar--siar di hujung minggu dengan si gadis yang baru anda kenali, maka terjadilah titik permulaan untuk memuji kecantikan si gadis yang anda bawa bersiar-siar itu. Pastikan yang anda sentiasa memuji kerapian rambutnya. Si gadis akan berkata yang rambutnya sudah tidak bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau lain-lain penyakit yang bersangkutan dengan kesuburan rambutnya. Waktu itu si gadis akan memegang dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin terhadap penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya untuk anda membelai rambutnya. Si gadis tidak akan marah jika anda menyentuh rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra. Pada kebiasaanya gadis yang sudah biasa menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu dengan lelaki lain dia tidak segan-silu untuk membenarkan rambutnya juga dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru dikenali). Tetapi tidak semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah tiada dara. Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki tetapi tidak hingga ketahap hubungan seks.
Kebanyakan gadis yang tiada dara boleh dikenali melalui rambutnya ialah dengan meneliti sewaktu anda berpeluang membelai rambutnya. Rambut anak gadis yang sudah tiada dara, biasanya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ini berlaku kerana setiap persetubuhan yang mereka lakukan tidak direstui Tuhan. Setiap perkara yang tidak direstui oleh Tuhan, maka balasannya ialah kehinaan belaka. Maka hilang serinya rambut seorang gadis itu adalah berpunca daripada perbuatan yang hina ini.
Terdapat juga rambut yang lesu akibat daripada kesihatan seseorang gadis itu. Tetapi kelesuan rambut si gadis yang bemasalah kesihatan ini selalunya masih ada serinya apabila diteliti dengan rapi lagi. Selalunya anak gadis yang masih suci tidak merelakan rambutnya disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya.
Adalah baik bagi seorang gadis itu menutup rapat rambutnya kerana ia adalah aurat yang perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang melihatnya.

Waspadalah .....

Friday, May 7, 2010

“The best thing a father can do to his children is to lover their mother”

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

SELAMAT HARI IBU...

Ibu....
Ibu....
Engkaulah ratu hatiku....

~SELAMAT HARI IBU MAMA~
~Terima kasih atas segalanya...
~Sayang mama...

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Monday, May 3, 2010

ADIK- ADIKKU WAKTU AEROBIC

Adik2 ku...
Syakirah
Syamira
Mira
Alya
Dilla
Fatin
Azlien
Arina
Najwa

SK TANJUNG LALANG DLM KENANGAN~

Barisan Fasilitator bersama guru SKTL.....

Sempat lagi aku bergambar waktu jaga checkpoint...
Hehe... Jaga checkpoint bersama NIK..

BELOVED PRESENT 30/4/10

Hadiah besday tuk thn ni...ckit je dpt..huhu...makin tua makin dpt ckit...thn ni la pling ckit dpt adiah..huhu...mekasih....nice presents:-)

Sunday, May 30, 2010

ISTERI YANG HEBAT

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:00 PM 0 comments

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:02 PM 0 comments

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 4:35 AM 0 comments

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 12:33 AM 0 comments
Ni lah kek yang paling senang nak wat...tapi klu 1st tym try mayb xbpa nk jd la...Papa pun selamat mencuba...Senang je nk wat dan menjimaykan kos....Ayuh..!

Bahan-Bahan

1. 1/2 bar buttercup

2. 4 biji telur gred D

3. 1/2 cawan susu pekat manis

4. 1/2 cawan nestum (original)

5. 1/2 cawan milo

6. 1/2 cawan air

7. 1/2 cawan gula(kalo xske manis kurgkn)

8. 3 sudu cocoa powder

9. biskut meri

Cara-Cara

1.panaskn butter dan gula dengan api yg perlahan dan tunggu sampi cair.

2.masukkan telur satu persatu.kacau biar betul2 hancur.

3. masukkan air, milo, nestum, susu pekat, gula dan cocoa powder. kaca biar sebati.

4. biarkan adunan td di atas api seketika.

5. angkat dan masukkan biskut meri dan gaul.

6.lepas tue tekan adunan td dlm loyang or bekas..

7. pastu boley mkn terus atau kalo nk lg sodapp taruk dlm peti ais.. selamat mencuba!!!! ..

P/S: Klu x nak masukkan nestum pun xpe...suke ati korang la....janji SEDAPPPP.....!!!

Tuesday, May 25, 2010

SAYANGI IBU AYAH~~

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:22 PM 0 comments
12 Guides of Imam Al-Ghazali:-
~ADAB TERHADAP IBU BAPA~

1. Mendengar kata mereka.

2. Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

3.Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

4. Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.

5.Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

6. Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.

7. Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.

8. Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

9.Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.

10.Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
11.Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

12. Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

Ketahuilah wahai muslim dan muslimah bahawa Allah SWT mewajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa. Adab dan cara kita menghadap mereka mesti lebih istimewa daripada menghadap orang-orang lainnya. Firman Allah: “ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.” (Al-Isra’: 23-24)

PETUA NENEK

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 1:36 AM 0 comments
BULU ROMA LEBAT
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. Insya Allah bulu roma anda akan gugur.

TOMATO PENCUCI MUKA
Setiap wanita begitu teliti menjaga kecantikan wajahnya kadang kadang berbagai krim dari berbagai jenama yang digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin dan halus. Tetapi apa gunanya anda berbelanja besar jika hasilnya tidak memuaskan? Satu cara mudah untuk melicinkan kulit ialah dengan buah tomato.Caranya:Ambil sebiji buah tomato yang telah masak, bersihkan setelah dibelah dua, sapukan tomato yang satu bahagian itu ke kuht muka anda. Biarkan kering selama beberapa minit setelah itu cuci dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.

MATA TERKENA BARANG KIMIA
Rawatannya:
a. Segera curahkan air ke mata dengan cara perlahan, curahkan air bersih daripada botol atau cerek atau air paip

b. Teruskan mencurah air sehingga mata di kelilingnya betul betul bersih daripada bahan bahan kimia.

c. Tutup pelupuk mata jika luka dengan kapas kering atau sebarang benda kering yang bersih seperti kertas, sapu tangan dan tuala.

d. Dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

TELINGA DIMASUKI SERANGGA
Ulat ulat kecil seperti semut, dan serangga lain kadang kadang sesat memasuki telinga. Petua untuk merawatnya:Jika telinga kiri yang dimasuki semut, tutuplah lubang telinga kanan dengan j ari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut.Masa ketiga tiga pancaindera itu tertutup, bernafas panjang panjang seberapa yang boleh. Dengan cara ini semut dan serangga itu akan tertolak keluar oleh desakan angin pernafasan yang mendesak melalui lubang telinga yang ada serangga itu.Lakukan beberapa kali dengan bersungguh sungguh sehingga berjaya.

AIR GARAM UBAT SAKIT TEKAK
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.Caranya:Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

AIR BERAS UBAT LETIH LESU
Jika pokok bunga anda tidak subur anda boleh gunakan air basuhan beras untuk menyiram pokok bunga anda.Caranya:Asingkan air basuhan beras anda itu untuk menyiram pokok bunga anda setiap petang. Lakukan setiap hari. Anda akan dapati pokok pokok bunga anda akan beransur subur.Begitu juga jika badan anda terasa letih lesu anda boleh minum air basuhan beras yang sudah bersih, sebanyak sekali sehari, tenaga anda akan pulih kembali.

AIR KUNYIT PULIHKAN PERANAKAN
Ada wanita akan berasa letih dan lesu, bila dia didatangi darah haid. Untuk memulihkan tenaga semula memang sukar, kerana itu anda harus mengamalkan dengan makan ubat, untuk memulihkan tenaga dan kesihatan anda.

MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya:Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari clan makan malam.Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

UBAT PENING KEPALA
Jika kepala anda terasa berat kerana kurang tidur atau pening kepala kerana mabuk dalam perjalanan, anda boleh ambil tiga biji limau nipis, dibelah dua sebiji anda gosokkan pada kepala yang telah dibasahi air, biarkan selama lima minit, setelah itu barulah anda mandi dengan air limau yang dua biji tadi. Caranya dengan meramaskan limau tersebut pada sebaldi air kemudian jirus clan gosoklah pada badan anda.Setelah itu keringkan badan anda tanpa membilasnya dengan air yang lain, lakukan dua kali sehari sehingga rasa pening anda hilang.

MENGHILANGKAN MABUK
Jika anda mabuk kerana menaiki kenderaan, anda boleh berbekalkan sebiji limau. Ciumlah hmau tersebut semasa dalam perjalanan, Insya Allah rasa, meloya anda akan hilang.Selain dari itu jika ada sahabat atau kaum kerabat anda yang Caranya:Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air, setelah sapukan air tersebut pada umbun umbun dan seluruh kepala, biarkan air asam jawa itu keying di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai turun. Lakukan sehingga benar benar sembuh.

MENGHILANGKAN LEMAK
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya:Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

UBAT SAKIT LELAH
Serai ialah sejenis tumbuhan yang boleh dijadikan bumbu dalam masakan, gunanya untuk melazatkan masakan. Selain dari itu air serai boleh dijadikan ramuan untuk memulihkan kesihatan.Jika anda suka makan masakan cara minang, ianya juga menggunakan serai sebagai bahan perencah. Selain daripada menjadikan masakan bertambah enak, serai dimakan sebagai rencah itu boleh melegakan penyakit lelah.Caraya mudah, jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan sedikit ke dalam masakan anda. Cara ini boleh membantu pernafasananda dan boleh mencairkan lendir.

Sunday, May 23, 2010

MUTIARA KATA TENTANG "CINTA"

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 4:15 AM 0 comments

~.~Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta bisa seperti yang terurai dalam sebait sajak dari film laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Namun demikian, cinta juga boleh menghasilkan perubahan yang sebaliknya: mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya.

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber ISLAM dan perkataan para ulama' berikut:-

~Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

-Hamka-

~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

-Hamka-

~Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

-Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)-

~Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

-Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)-

~Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.

-Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)-

~Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

-Ali bin Abi Thalib-

~Engkau berbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang dia cintai.

-A’idh Al-Qorni-

~Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh ISLAM tentang CINTA.

BELAJAR, MENGAJAR, DAN DIAJAR =)

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 1:47 AM 0 comments

KURSUS JATI DIRI,
SMK R1 WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.
22nd MAY 2010 (SATURDAY)

GROUP 2

FASILITATORS:
1) NUR AFRAH BT MUHAMAD SHUKRI
2) NURUL ASIQIN BT. CHE JAAFAR

ADIK- ADIK:
1. Muhammad Amierul Amanda bin Othman
2. Mohamad Shalizan bin Saruan
3. Nazrul Shafiq bin Nazeri
4. Irman Danish Razzi bin Ibrahim
5. Ng Wai Loon
6. Muhd Nur Ibrahim bin Ayub
7. Muhd Shahrul Nizam bin Mat Daud
8. Mohd Faez bin Norhaizad
9. Haliza binti Azizan

akan bersambung selepas ini...

Thursday, May 20, 2010

KOD LEMAK BABI

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 11:36 PM 0 comments

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
1. E 100
2. E 110
3. E 120
4. E 140
5. E 141
6. E 153
7. E 160
8. E 161
9. E 210
10. E 213
11. E 214
12. E 216
13. E 234
14. E 252
15. E 270
16. E 280
17. E 300
18. E 301
19. E 325
20. E 326
21. E 327
22. E 334
23. E 335
24. E 336
25. E 337
26. E 422
27. E 430
28. E 431
29. E 432
30. E 433
31. E 434
32. E 435
33. E 436
34. E 440
35. E 441
36. E 470
37. E 471
38. E 472
39. E 473
40. E 474
41. E 475
42. E 476
43. E 477
44. E 478
45. E 481
46. E 482
47. E 483
48. E 491
49. E 492
50. E 493
51. E 494
52. E 495
53. E 542
54. E 570
55. E 572
56. E 631
57. E 635
58. E 904
59. E 920
Yg jelas nye......pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.....
Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

P/s: jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

Wednesday, May 19, 2010

< KENAPA AKU.. .>

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:52 PM 0 comments
Soalan-soalan ANDA yang TELAH DIJAWAB oleh ALLAH dalam AL- QUR'AN...

> Kenapa AKU sering di uji?
Firman Allah,maksudnya:" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah al- Ankabut:2-3)

> Kenapa AKU tidak dapat apa yang AKU idam-idamkan?
Firman Allah,maksudnya:" boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan(ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

> Bagaimana kan KUhadapi ujian ini?
Firman Allah,maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Firman Allah lagi,maksudnya:"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

> Apa yang AKU boleh dapat dari semua ini?
Firman Allah,maksudnya:" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga........"

Sunday, May 16, 2010

SOLAT - UBAT MUJARAB PENGUSIR KESEDIHAN

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:02 PM 0 comments
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan sabar dan solat"

Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan
kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang.
Sesungguhnya solat itu - dengan izin Allah - boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah saw dirundung masalah, baginda bersabda kepada
Bilal bin Rabah r.a.:
"Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat." (al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber
Kebahagiaan bagi Rasulullah saw.

Saturday, May 15, 2010

TANGGAL 16 MEI

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 7:59 AM 0 comments
Selamat Hari Guru kpd semua:
~ Guru Pastiku
~ Guru2 SKKB
~ Guru2 SMKDSA
~ Guru2 SMKAK
~ dan semua guru dan bakal2 guru di MALAYSIA.....
tak lupa juga kpd:
~ Lectures CFS IIUM,PJ & NILAI
~ Lectures IIUM

Tanpa guru siapalah aku....
TERIMA KASIH CIKGU...

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

SELAMAT HARI GURU...

Monday, May 10, 2010

APAKAH RAHSIA DI SEBALIK RAMBUT ANDA ??

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:08 PM 0 comments
SETIAP orang sama ada lelaki atau perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan hati sesiapa yang memandang. Sebab itulah di zarnan moden dan canggih ini, berbagai-bagai jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut dapat dijaga dan dirawat dengan rapi. Agar kelihatan menarik dan berseri?
Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan mejaga melalui perawatan kecantikan sahaja. Bahkan dara seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam memberikan bentuk rambut yang cantik. Sebab itulah kalau kita lihat seseorang gadis yang masih suci rambutnya akan kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau kadangkala seperti tidak bermaya. Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh lelaki perlulah anda tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan dan daya tarik pandangan lelaki dari segi kesihatan, rambut yang terkawal daripada habuk, dan segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat dielakkan sama sekali.
Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan kemas dan menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan rambut anda dan terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari dengan berbagai rawatan ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.
Berdasarkan kajian rambut yang menarik, adalah rambut yang sering dibalut dengan apa juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai tudung bukan saja bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala penyakit.
Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan seksual lelaki anda perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu daripada mahkota kecantikan yang azali.
Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga jika
suaminya sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan lebih jelita.Selain daripada itu isteri atau perempuan yang sering menerima belaian pada rambut akan kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.
Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan sebelum berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah diteruskan cara itu kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Tetapi jarang benar kita lihat pasangan yang sudah berkahwin mahu melakukan belaian pada rambut isteri seperti di alam percintaan.
Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada dara. Ini dapat dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan diijab kan akan melalui proses mengandam. Dalam proses mengandam ini selalunya akan adanya suatu acara memotong dan rnencukur anak rambut yang tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan kanan telinga. Rambut ini dikenali sebagai rambut dara.
Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang gadis yang masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur anak rambut oleh Mak Andam. Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu membuktikan si gadis itu masih suci (dara) atau tidak ianya memerlukan sebiji kelapa muda yang ditebuk dan mengandungi air. Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini. Jika anak rambut terapung sahaja dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu masih perawan. Tetapi jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti si gadis itu sudah tiada perawannya.
Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam yang tidak boleh menyirnpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka andamkan. Awas!! Ini bukan salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu anda akan melangsungkan perkahwinan kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan untuk kebaikan diri anda sendiri.
Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu sudah hilang dara atau masih suci. Seperti kebiasaan jika kita bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan seorang perempuan yang kita tidak kenal siapa dirinya. Sama ada dia adalah isteri orang atau masih gadis lagi atau janda. Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut,jika ditiup angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya.Sebaliknya rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke dudukan asalnya setelah ditiup angin.
Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin,sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah
mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada wajahnya. Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua
orang tua-tua yang perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.
Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki. Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak
gadis remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.
Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.
Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki yang ingin mengenali sifat seorang gadis. Jika kali pertama anda mengadakan temu janji untu bersiar--siar di hujung minggu dengan si gadis yang baru anda kenali, maka terjadilah titik permulaan untuk memuji kecantikan si gadis yang anda bawa bersiar-siar itu. Pastikan yang anda sentiasa memuji kerapian rambutnya. Si gadis akan berkata yang rambutnya sudah tidak bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau lain-lain penyakit yang bersangkutan dengan kesuburan rambutnya. Waktu itu si gadis akan memegang dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin terhadap penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya untuk anda membelai rambutnya. Si gadis tidak akan marah jika anda menyentuh rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra. Pada kebiasaanya gadis yang sudah biasa menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu dengan lelaki lain dia tidak segan-silu untuk membenarkan rambutnya juga dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru dikenali). Tetapi tidak semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah tiada dara. Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki tetapi tidak hingga ketahap hubungan seks.
Kebanyakan gadis yang tiada dara boleh dikenali melalui rambutnya ialah dengan meneliti sewaktu anda berpeluang membelai rambutnya. Rambut anak gadis yang sudah tiada dara, biasanya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ini berlaku kerana setiap persetubuhan yang mereka lakukan tidak direstui Tuhan. Setiap perkara yang tidak direstui oleh Tuhan, maka balasannya ialah kehinaan belaka. Maka hilang serinya rambut seorang gadis itu adalah berpunca daripada perbuatan yang hina ini.
Terdapat juga rambut yang lesu akibat daripada kesihatan seseorang gadis itu. Tetapi kelesuan rambut si gadis yang bemasalah kesihatan ini selalunya masih ada serinya apabila diteliti dengan rapi lagi. Selalunya anak gadis yang masih suci tidak merelakan rambutnya disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya.
Adalah baik bagi seorang gadis itu menutup rapat rambutnya kerana ia adalah aurat yang perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang melihatnya.

Waspadalah .....

Friday, May 7, 2010

“The best thing a father can do to his children is to lover their mother”

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 11:13 AM 0 comments

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

SELAMAT HARI IBU...

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:47 AM 0 comments

Ibu....
Ibu....
Engkaulah ratu hatiku....

~SELAMAT HARI IBU MAMA~
~Terima kasih atas segalanya...
~Sayang mama...

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Monday, May 3, 2010

ADIK- ADIKKU WAKTU AEROBIC

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 5:27 AM 0 comments

Adik2 ku...
Syakirah
Syamira
Mira
Alya
Dilla
Fatin
Azlien
Arina
Najwa

SK TANJUNG LALANG DLM KENANGAN~

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 5:17 AM 0 comments

Barisan Fasilitator bersama guru SKTL.....

Sempat lagi aku bergambar waktu jaga checkpoint...
Hehe... Jaga checkpoint bersama NIK..

BELOVED PRESENT 30/4/10

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 5:06 AM 0 comments