CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

GEMBIRAKAH ANDA?

Wednesday, March 9, 2011

:+:ErtI gEmbIrA:+:

“Ketika lahir dahulu,
kita menangis dan orang lain bergembira.
Ketika hidup pula,
kita bergembira tetapi ada insan yang sedang menangis.
Dan kita sebenarnya,
dikurniakan dengan kelebihan untuk menciptakan kegembiraan.
Maka pada hari ini,
buatkanlah orang lain berasa gembira,
dan kita juga akan berasa lebih gembira.
Dan apabila kita mati nanti,
orang lain akan menangis,
sedangkan kita tetap akan gembira.”

Monday, March 7, 2011

:NUR AFRAH::

Nama diberi Nur Afrah bt Muhamad Shukri. Itulah namaku yang telah termaktub dalam Sijil Kelahiranku. Mengapa mak dan ayah meletakkan nama "NUR AFRAH"? Kemungkinan besar, mereka sangat gembira dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Hehe...[perasan pulak]. Sudah tentu gembira kan...Cahaya mata sulung yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Mengapa aku coretkan kisah namaku? Sudah tentu ada sebabnya. Kebanyakan org Melayu tidak tahu apa maksud namaku... kecuali orang yang mempelajari Bahasa Arab. Selalaunya bila 1st tym dgar namaku, org mst akn tanya..APA MAKSUD NAMA KAMU? NUR AFRAH?? Lecture pun tnya...selain lecture Arab la....Tapi bila tym kelas Arab...aku rasa sgt gmbira kerna tiada orang yang akn tnya maksud namaku....

Maksud NUR AFRAH ialah CAHAYA PALING GEMBIRA, CAHAYA KESENANGAN.....
Orang arab juga menggunakan perkataan "AFRAH" untuk menggambarkan sesuatu peristiwa yang gembira...seperti majlis Walimatul Urus a.k.a majlis perkahwinan..... Itulah serba sedikit tentang namaku.... Semoga aku sentiasa berada dalam cahaya kegembiraan....Ameen...

P/S: Panggillah saya dgn nama Afrah...Mudah- mudahan panggilan kalian menjadi doa untukku sntiasa berada dalam kegembiraan.... Sila google NUR AFRAH untuk mendapatkan maklumat lanjut.... TQ...

:+:UJIAN HIDUP ADALAH TARBIYAH:+:

Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Wednesday, February 9, 2011

SEORANG "GENTLEMEN"

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya “Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?”
Aku menjawab, “Ya, benar.”
Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Saturday, January 8, 2011

:::sEmUsIm bErsAmA sElAmAnyA tErAsA:::

 Metallian - Erti Persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja
Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah… ertinya persahabatan
Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala… oohhh
( korus )
Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci… oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan
Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa… oohhh
( ulang korus )

9f1 الدرس السادس ف 1 نواقض الوضوء

Thursday, December 30, 2010

Tika..........

tika kau gembira..
tika kau sedih..
tika kau gelisah..

tika itu..siapa yang dapat mententeramkanmu?
tika itu..siapa yang dapat memujuk dirimu?
tika itu..siapa yang sentiasa akan bersamamu?

tika itu..siapa yang kau cari?
tika itu..siapa yang kau rayu?
tika itu..siapa yang kau harapkan?

tika itu..sedarkah ada yang sedang menantimu?
tika itu..sedarkah ada yang sedang sedia mendengar rayuanmu?
tika itu..sedarkah ada yang sedang sedia memberimu harapan?

tika itu..barulah kau sedar hanya Dia yang sentiasa bersamamu..
tika itu..barulah kau sedar betapa sayangnya Dia padamu..
tika itu..barulah kau sedar hanya Dia tempat kau bergantung dan berharap..

tidak perlu kau buka mata seluas-luasnya untuk melihat semua itu..
cukup dengan hati yang terbuka untuk menerima cinta dan sayang-Nya padamu..
sudah cukup untuk kau rasa..
untuk siapa kau hidup..
jka bukan hanya untuk-Nya
yang menyayangi dirimu dengan ikhlas..

jangan disia sayangnya Dia padamu..
takut merajuk, diri yang merana..

berkasih sayanglah dengan-Nya..
kerna Dia kekasih yang paling setia..
takkan kau sunyi bila penuh dengan cinta-Nya..

Wednesday, March 9, 2011

:+:ErtI gEmbIrA:+:

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 9:50 AM 0 comments
“Ketika lahir dahulu,
kita menangis dan orang lain bergembira.
Ketika hidup pula,
kita bergembira tetapi ada insan yang sedang menangis.
Dan kita sebenarnya,
dikurniakan dengan kelebihan untuk menciptakan kegembiraan.
Maka pada hari ini,
buatkanlah orang lain berasa gembira,
dan kita juga akan berasa lebih gembira.
Dan apabila kita mati nanti,
orang lain akan menangis,
sedangkan kita tetap akan gembira.”

Monday, March 7, 2011

:NUR AFRAH::

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 11:05 AM 3 comments
Nama diberi Nur Afrah bt Muhamad Shukri. Itulah namaku yang telah termaktub dalam Sijil Kelahiranku. Mengapa mak dan ayah meletakkan nama "NUR AFRAH"? Kemungkinan besar, mereka sangat gembira dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Hehe...[perasan pulak]. Sudah tentu gembira kan...Cahaya mata sulung yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Mengapa aku coretkan kisah namaku? Sudah tentu ada sebabnya. Kebanyakan org Melayu tidak tahu apa maksud namaku... kecuali orang yang mempelajari Bahasa Arab. Selalaunya bila 1st tym dgar namaku, org mst akn tanya..APA MAKSUD NAMA KAMU? NUR AFRAH?? Lecture pun tnya...selain lecture Arab la....Tapi bila tym kelas Arab...aku rasa sgt gmbira kerna tiada orang yang akn tnya maksud namaku....

Maksud NUR AFRAH ialah CAHAYA PALING GEMBIRA, CAHAYA KESENANGAN.....
Orang arab juga menggunakan perkataan "AFRAH" untuk menggambarkan sesuatu peristiwa yang gembira...seperti majlis Walimatul Urus a.k.a majlis perkahwinan..... Itulah serba sedikit tentang namaku.... Semoga aku sentiasa berada dalam cahaya kegembiraan....Ameen...

P/S: Panggillah saya dgn nama Afrah...Mudah- mudahan panggilan kalian menjadi doa untukku sntiasa berada dalam kegembiraan.... Sila google NUR AFRAH untuk mendapatkan maklumat lanjut.... TQ...

:+:UJIAN HIDUP ADALAH TARBIYAH:+:

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 9:57 AM 0 comments
Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Wednesday, February 9, 2011

SEORANG "GENTLEMEN"

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 11:17 PM 1 comments
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya “Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?”
Aku menjawab, “Ya, benar.”
Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Saturday, January 8, 2011

:::sEmUsIm bErsAmA sElAmAnyA tErAsA:::

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 8:37 AM 0 comments

 Metallian - Erti Persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja
Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah… ertinya persahabatan
Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala… oohhh
( korus )
Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci… oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan
Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa… oohhh
( ulang korus )

9f1 الدرس السادس ف 1 نواقض الوضوء

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 8:14 AM 0 comments

Thursday, December 30, 2010

Tika..........

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 10:43 PM 0 comments