CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

GEMBIRAKAH ANDA?

Monday, March 22, 2010

KEHEBATAN WUDUK

Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu kita merasakan wuduk itu tidak sepenting sembahyang?Walaupun diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan sembahyang itu sendiri, tetapi tanpa disedari, kadangkala berlaku juga situasi sedemikian. Wuduk adalah muqadidmah kepada sembahyang. Sebab itu Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau menggiggil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.Rukun WudukWuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya.

Rukun wuduk
1) Niat (sunat atau wajib)
2) Membasuh muka. Kawasan muka - panjangnya ialah daripada tempat tumbuh
anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak
cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.
3) Membasuh tangan hingga ke siku.
4) Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.
5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.
6) Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.

Makruh Semasa Wuduk
1) Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian
2) Berwuduk dalam tandas
3) Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk
4) Menggunakan air musyammas
5) Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk
6) Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri
7) Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.

Sunat Wuduk
1) Membaca Bismillah di awal wuduk
2) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk
3) Menggosok gigi
4) Berkumur-kumur dengan air
5) Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri
6) Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)
7) Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki
8) Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala
9) Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya
10) Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota
11) Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri
12) Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan
13) Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota
(mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian
14) Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali
15) Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk
16) Menghadap ke kiblat ketika berwuduk
17) Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk
18) Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.

No comments:

Post a Comment

Monday, March 22, 2010

KEHEBATAN WUDUK

Posted by NUR AFRAH maksudnya CAHAYA KEGEMBIRAAN at 5:26 AM

0 comments on "KEHEBATAN WUDUK"

Post a Comment